Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Halaman Akhir~

Mahathir Nyanyuk...?!

Artikel lanjut dari Halaman Utama

~Meriam Buluh~


Mahathir Nyanyuk?!

Kebelakangan ini Dato' Sri Utama Mahathir Mohamed kelihatan begitu resah sekali, terutama setelah berlakunya pelbagai peristiwa yang mencatat sejarah hitam bagi negara di saat-saat penghujung era pemerintahannya.

Di antara yang terpenting sekali adalah peristiwa kegawatan ekonomi (belum berakhir lagi), kes pemecatan Dato' Sri Anwar Ibrahim, demonstrasi yang begitu tragis dan hampir menjadi peristiwa berdarah ketika memprotes kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim (sesetengah tempat hampir menjadi peristiwa 13 Mei akibat akibat campur tangan polis), peningkatan jumlah sokongan terhadap parti-parti pembangkang, pilihanraya Sabah yang jangkanya dimenangi oleh PBS (Parti Bersatu Sabah), sekaligus akan memberi impaks yang besar terhadap pilihanraya umum dan lain-lain lagi. Kesemuanya ini memberi tekanan yang agak besar kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai pemimpin nombor satu negara.

Dinsman di dalam buku terbarunya "Gawat gagalnya formula Mahathir" memberikan satu komentar terhadap majalah Time yang telah mengkritik Mahathir. Beliau berkata: "One Angry Man". Dengan Mahathir sepenuh kulit depannya, keluaran 15 1998, itulah panggilan sebuah majalah antarabangsa, Time, terhadap Mahathir. "Seorang Lelaki Yang Marah".

"Dan Mahathir pun nampaknya memang betul-betul marah. Tidak pernah dia semarah-marah macam ini. Bukankah Mahathir sebelum ini disifatkan sebagai seorang yang sukar dibaca fikiran dan perasaannya, kerana dia selalu berjaya mengawal fikiran dan perasaannya hingga tidak tergambar pada air mukanya, dan juga tidak terpancar pada tutur katanya".

Demikian itu, nukilan yang dipetik daripada tokoh politik sastera terkenal yang dikatakan begitu mengkagumi Mahathir. Sekarang ini beliau telah mengubah pendirian tersebut kerana melihat pelbagai penyelewengan dan kepincangan yang dilakukan oleh Mahathir telah menyebabkan kesan buruk kepada negara..





~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~
~Hubungi kami melalui alamat: sukej@hotmail.com


Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.