|
|
Hollywood: Cabaran Umat Islam Masakini.. Artikel lanjut dari Halaman Utama ~Oleh : Samuz~
Abad 21 disebut sebagai 'post-modern society'. Apapun namanya, menurut Jalaluddin Rahmat, masyarakat yang akan datang ditandai dengan dominasi teknologi teknologi komunikasi. Sabahagian para pengkaji meramalkan abad ini sebagai abad keamanan dunia; peradaban manusia semakin efisyen dan efektif, tetapi sebahagian yang lain meramalkan ia penuh dengan penipuan dan keburukan yang dapat menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan. Berdasarkan mukaddimah di atas, sememangnya manusia itu tidak dapat tidak, pasti akan melalui pembaharuan sama ada membawa kepada kebaikan atau keburukan. Namun apa yang nyata, menjelang tahun 2000 nanti, pasti banyak cabaran yang akan mendatang terhadap masyarakat sedunia, lebih lagi cabaran kepada umat Islam. Apabila disebut mengenai cabaran, tentunya kita sebagai umat Islam tercabar dengan cabaran yang dilemparkan oleh kaum Yahudi yang ingin menjatuhkan nama Islam. Contohnya; Hollywood. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat dunia hari ini pastinya sudah makruf dengan istilah tersebut. Manakala kaum Yahudi ingin menjadikan Hollywood sebagai satu tempat tarikan budaya dengan menggunakan pelbagai cara agar budaya dan cara hidup mereka dapati diikuti oleh semua manusia, lebih-lebih lagi golongan yang sentiasa inginkan kebebasan. Hollywood merupakan salah satu bandar yang terkenal di Amerika telah banyak mempengaruhi golongan remaja masa kini. Di antaranya melalui perfileman, nyanyian dan sebagainya. Titanic sehingga kin masih menjadi perbualan di kalgan masyarakat dunia. Ia merupakan salah satu kejayaan Yahudi apabila masyarakat Islam terpengaruh dengan cerita dan lagu yang dipersembhakan sehingga ada di antara mereka yang memuja-meja pelakon filem tersebut. Hollywood pada masa kini telah banyak mengeluarkan filem-filem yang kadang-kadang mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam. Contohnya, dalam sebuah babak dari filem "Mars Attack". Apabila mereka menggunakan watak makhluk asing yang telah dapat menakluki dunia dengan cara memerangi manusia sejagat. Manakala unsur penghinaan yang cuba ditonjolkan dalam filem tersebut ialah percubaan menggunakan Taj Mahal sebagai satu tempat yang dapat dimusnahkan oleh makhluk asing tersebut dan pada masa yang sama memerangi umat Islam yang bersembahyang di Masjidil Haram dan kemenangan itu disambut di hadapan Taj Mahal. Apakah kita sebagai umat Islam tidak tercabar dengan filem tersebut atapun kita menyokongnya? Tentunya tidak, walaupun pada hakikatnya golongan Yahudi ini ingin menyatakan bahawa Islam itu lemah dan mudah dikalahkan. Dari sudut nyanyian pula, memang terdapat ramai penyanyi Hollywood yang dikenali ramai. Di antara mereka ialah Michael Jackson, Madonna, Spice Girl, Celion Dion dan yang lainnya. Apabila mereka ini menjadi ikutan masyarakat sekarang, lebih-lebih lagi golongan remaja. Sebenarnya, bukanlah budaya barat yang sepatutnya dijadikan ikutan. Bahkan sebagai umat Islam, kita sepatutnya menjadi Rasulullah SAW sebagai role model yang diikuti baik dari segi akhlak, adab dan sebagainya. Manakala yang ingin ditonjolkan oleh kaum Yahudi bukan setakat ingin menjadikan Hollywood sebagai tempat pendua Kaabah bagi masyarakat di seluruh dunia. Oleh itu, apakah tindakan kita sebagai pendaie? Manakala kita sebagai pendaie pula perlulah kepada upaya penyatuan dan persepsi serta visi dakwah itu sendiri. Sebagai para daie, kita juga merupakan agen sosialisasi nilai-nilai Islam. Oleh itu, kita perlu memiliki kesedaran informasi, keakraban dengan teknologi serta memiliki kemampuan menerima, menyimpan, mengolah dan menyampaikan informasi secara benar dan tepat. Justeru, dengan cara itulah para pendaie mampu berdakwah dengan lebih berkesan dan dapat menolak sebarang penghinaan terhadap Islam itu sendiri. Kesimpulannya, bukan sahaya Hollywood yang menjadi cabaran kepada umat Islam masa kini, bahkan terlalu banyak lagi cabaran yang lebih besar dari itu. Justeru itu, perlulah perjalanan dakwah itu menitik beratkan terhadap satu barisan (wahdat as-shof), satu perasan (wahdat as-syu'ur) dan satu keyakinan (wahdat al-aqidah) kerana inilah caranya umat Islam dapat bersatu tenaga untuk menegakkan daulah Islamiah di seluruh dunia.
~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~ Nota: Artikel lain berkaitan Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ. |
KE ATAS | ![]() Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research. |