Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Sains Komputer~

Pak Lah Selamatkan Dr. Mahathir..

Artikel lanjut dari Halaman Utama

~Oleh : Mohnas~


Masadepan Tergadai..?

Setelah melalui proses pembersihan yang cukup memeritkan, Dr. Mahathir telah menamakan Timbalan Perdana Menteri dan melakukan rombakan kabinet, salah satu keistimewaan sebagai Perdana Menteri. Bukan senang untuk menamakan Timbalan Perdana Menteri, setelah Anwar disingkirkan atas sebab moral sebagaimana yang alasan yang digunakan dalam Berita Harian sewaktu melaporkan hal ini.

Dr. Mahathir telah kehilangan dua orang timbalannya sebelum ini. Musa hitam meletakan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri sedangkan tidak lama sebelumnya Dr. Mahathir berdakap dengannya. Alasan utamanya ialah kerana Dr. Mahathir terlalu memberi muka kepada Tengku Razaleigh (ironiknya setelah itu Musa Hitam berganding bahu untuk menjatuhkan Dr. Mahathir). Namun tragedi Memali sebenarnya memberikan kesan yang cukup mendalam kepada perletakan jawatan ini.

Ghaffar Baba pula merajuk dengan meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri setelah kalah di pusingan pertama sewaktu penamaan calon pemilihan UMNO di tangan Anwar Ibrahim. Orang tua itu tidak menghadiri perhimpunan agung UMNO, dan kemudiannya meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Orang sudah melihat gandingan antara Dr. mahathir dan Anwar Ibrahim sebagai gandingan yang mantap, walaupun sejak Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, desas-desus tentang pergeseran antara bapa politik dan anak politik ini sudah pun bertiup. Namun, mungkin kerusi Timbalan Presiden terlalu panas sehingga menyebabkan Dr. Mahathir tidka dapat sehidup semati dengan timbalannya. Sepuluh tuduhan dikemukakan kepada Anwar Ibrahim, yang utamanya tuduhan main belakang.

Sejak penyingkiran Anwar, Dr. Mahathir tidak menamakan timbalannya, sama ada di peringkat parti mahupun kerajaan. Banyak andaian yang dibuat dan spekulasi politik diramal di bursa saham politik Malaysia. Beberapa nama telah dijual di papan kenyataan terbuka, mahupun tertutup. Abdullah Badawi, Najib Tun Razak, Daim Zainuddin, Mustapa Mohamed, Tengku Razaleigh, hatta Rafida Aizi pun turut diperdagangkan. Maka banyak dalil dikemukakan oleh broker-broker saham politik ini yang menunjukkan calon pilihan mereka layak sebagai Timbalan Dr. Mahathir.

Namun, Dr. Mahathir mengambil masa untuk menamakan timbalannya yang sebenarnya adalah tugas yang mudah baginya. Alasan utama ialah bagi mengelakkan perebutan kuasa dan perpecahan di kalangan anggota parti, satu alasan yang sering digunakan untuk mengharamkan pertandingan ketika berlaku pemilihan. Realitinya, UMNO sudah lama mengalami perpecahan, hatta dimasukkan sekali pun pengharaman pertandingan di semua peringkat di dalam perlembagaan UMNO… logo

~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~
~Hubungi kami melalui alamat: sukej@hotmail.com


Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.