Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Polemik~

Tahlil: Kebenarannya dipertikai?

Artikel lanjut dari Halaman Utama

~Oleh : Md Fadzil Md Asar~


Tahlil: Pandangan Ulama

Sejauhmanakah kebenaran untuk beramal dengannya dalam Islam :
Medan Penulisan merupakan satu ruang yang memberi peluang seluasnya kepada penulis mencurah idea yang membangkit kesedaran pembaca di samping memberi maklumat kepada masyarakat. Seorang penulis juga perlu bersikap terbuka apabila menyampaikan pandangan. Maksudnya tidak berat sebelah. Sebaliknya memberi ruang sebaiknya bagi pandagna pihak lain melihat kewajaran pendapat yang berkenaan. Malah perlu sentiasa bersedia menerima teguran membina dari mana-mana pihak.

Sebenarnya tulisan saya ini adalah sebagai reaksi dari salah seorang pembaca majalah SUKEJ yang menyentuh persoalan tahlil oleh Imadudin Jauhari. Dalam perkara ini, saya tidak berminat untuk menyalahkan mana-mana pihak secara langsung kerana perkara ini boleh diselesaikan secara ilmiah dan lebih kepada perbincangan sihat. Jadi saya lebih berminat menganggap perkara ini berbentuk perbincangan sihat atau ilmiah dan bukan perdebatan yang dikhuatiri membawa perpecahan di kalangan kita sendiri.

Baiklah, perkara membabitkan hukum yang dikeluarkan oleh ulama, khususnya empat pelopor mazhab terbesar iaitu Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Syafie dan Imam hanbali adalah menjadi satu yang sangat baik dengan mengambil sikap meninggalkan taasub yang melampau sehingga mengabaikan hukum dan pandangan ulama lain dari mazhab yang bukan yang kta pegang itu sendiri. Maksudnya hukum oleh setiap ulama khasnya di kalangan empat pengasas mazhab tersebut perlu juga diambil kira kerana masing-masing mempunyai ketokohan yang tinggi dalam mengeluarkna hukum dari sumber al-Quran dan al-Hadith, begitu juga Qias dan Ijmak.

Dengan maksud, kita boleh menerima hukum yang dikeluarkan oleh mazhab lain yang bukan menjadi hukum di kalangan mazhab kita dengan melihat dalil dan hujah yang digunaka juga keserasian dengan suasana. Tidak menjadi kesalahan untuk kita mengikut hukum dari mazhab lain seandainya ia lebih sesuai dengan suasana yang tertentu dengan tidak bermaksud memudah-mudahkan hukum dalam Islam dengan hanya mengambil mana-mana hukum ringan sahaja, apatah lagi sesuai dengan kemahuan dan nafsu sendiri..Dalam perkara ini, ulama telah sepakat melarang mana-mana individu muslim yang mengambil langkah sambil lewa dalam pengambilan hukum yang hanya menyentuh kepentingan dirinya semata-mata…..

Berbalik kepada perbincangan awal kita mengenai tahlil, yang pada hemat saya tidak perlulah perkara seperti ini yang menjadi khilaf ulamak dahulu diperbesar-besar kita sekarang ini, apatah lagi telah diselesaikan oleh ulama mutaakhirin. Seperkara lagi, sebenarnya tidak menjadi satu kejanggalan sebagaimana jelas dari teladan di atas, andai kita tidak menerima pendapat atau hukum Imam mazhab yang kita pegang, sebaliknya menerima hukum mazhab dan ulama lain selagi mazhab yang kita pegang.

Memang benar, malah saya sendiri mengakui bahawa amalan yang bukan dilakukan oelh seseorang individu itu tidak akan sampai kepadanya selepas meninggal dunia berdasarkan hujah hadith dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Muslim; (Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya melainkan pada tiga perkara: Sedekah jariah, anak soleh yang mendoakannya dan ilmu yang memberi manfaat)… logo



~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~
~Hubungi kami melalui alamat: sukej@hotmail.com


Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.