|
|
Wajib Undi Parti Islam... Artikel lanjut dari Halaman Utama ~Oleh : Hasan Zaidi~
Dalam bahagian pertama tulisan ini, saya telah menjelaskan maksud parti Islam iaitu harakah Islamiah yang melibatkan diri dalam pilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Jadi, kesimpulannya tajuk 'Wajib Undi Parti Islam' ialah wajib mengundi harakah Islamiah sekiranya ia mengambil bahagian dalam pilihanraya sebagai sebuah parti politik. Sebelum meneruskan perbincangan berkaitan tajuk tersebut, terlebih dahulu saya ingin membuat sedikit penjelasan tentang tarikh sebenar kejatuhan khilafah Turki Othmaniah. Dalam bahagian pertama tulisan ini, tarikh yang saya nyatakan ialah 29 Oktober 1923. Bagaimanakah ada sedikit pembetulan tentang tarikh tersebut. Setelah saya merujuk sumber yang boleh dipercayai, tarikh rasmi khilafah Islamiah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk ialah pada 3 Mac 1924. Bapa sekular tersebut telah mengisytiharkan pemisahan agama daripada negara dan menghapuskan mahkamah syariah.
Nota: Artikel lain berkaitan Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ. |
KE ATAS | ![]() Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research. |