Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Novel Bersiri~

Rontaan Jiwa...

Artikel lanjut dari Halaman Utama

~Oleh : Mohnas~


Siri Kedua

Sebentar kemudian, suara Suzienaria kedengaran kembali, sayup. Fatih terasa sayu. Sungguh dia terasa sayu. Ada detik yang cuba menyelongkar dan cuba timbul kembali. Dia menahannya.

Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa menyentuh otot-ototnya yang timbul. Aliran darah yang bersimpang siur dalam lalu lintas bebuluh darah semakin galak berlari. Kulit nipisnya yang terhimpun di bawahnya beribu-ribu saraf disentuh kedinginan malam itu. Dan angin itu masih tetap menyapa. Lembut ibarat ayunan perawan desa yang terpelihara kesuciannya. Dingin ibarat air yang mengalir dari hujung desa yang membesarkannya sehinggalah usia remaja membawanya jauh daripada bumi kelahirannya.

gambar hiasan

Kenangan itu cuba meronta keluar. Fatih cuba sedaya upaya menahannya. Hatinya terasa sebak.

"Sabar. Aku lelaki, bukan perempuan. Air mata pantang tumpah kecuali hanya di hadapan kaabah atau di atas sajadah," rayunya pada hati.

Desa itu sudah hilang. Jangan kau kembalikan lagi. Kisah itu sudah luput. Jangan kau cungkil kembali. Dia terus mendesak, bimbang lumpuh dengan rontaan hati itu.

* * *

Zulkifli memasukkan cakera padat ke dalam hifi Sony yang baru dibelinya semalam. Setelah punat di alat kawalan jauh itu ditekan, cakera padat dengan wajah Siti Nurhaliza dengan rambut yang terbiar tanpa hijab yang menghiasi kepingan berbentuk bulat itu berputar-putar dengan laju. Sedetik kemudian, suara Siti Nurhaliza memecah kesunyian rumah itu dan masuk ke dalam gegendang telinga lelaki yang duduk bersantai di sofa.

Majalah Times isu terbaru diambilnya. Helaian demi helaian dibelek dengan rakus sekali. Setiap kali helainan itu diselak, setiap kali itulah kertas itu berbunyi, tapi tidak sampai kertas licin itu terkoyak. Walaupun majalah Times acap kali dikritik dan diserang oleh pemimpin-pemimpin di negaranya, tetapi itu tidak menghalangnya daripada terus menjamah majalah asing itu. Bukan sahaja Times dimamahnya, bahkan Newsweek, Asiaweek dan Far Eastern Economic Review turut diterkamnya setiap kali isu majalah-majalah tersebut muncul di pasaran.

Barangkali dia sudah muak untuk membaca berita-berita dan rencana-rencana yang termuat dalam akhbar serta majalah tempatan yang lebih banyak menonjolkan puak-puak tertentu. Bukan lagi kebebasan yang ditayangkan, tetapi hampir seratus peratus dikontrol oleh golongan kroni-kroni mereka bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Pilihannya hanyalah akhbar dan majalah asing, di samping akhbar milik pembangkang yang baginya lebih baik keran akhbar terebut tidak pernah mengwar-warkan yang mereka mahu menjadi penyambung lidah rakyat, tetapi masih tetap mematuhi prinsip kebenaran dan etika kewartawanan.

Teringatnya kata seorang teman, "Bukan jadi berita kalau posmen digigit anjing, tapi yang jadi berita kalau posmen itu yang gigit anjing."

Dalam masa yang sama suara halus Siti Norhaliza mendendangkan lagu Cindai terus menerjah ke gegendang telinganya sambil diiringi oleh tarian kakinya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana kakinya boleh menari begitu, walaupun dia sedang duduk di sofa. Barangkali inilah yang dinamakan tindakan refleks bersyarat. Zulkifli sudah ingat-ingat lupa mata pelajaran Sains sewaktu di sekolah menengah dulu.

Tangannya yang berbulu lebat itu meletakkan majalah Times ke atas meja kaca yang padanya terpantul wajahnya yang samar-samar itu. Kedua-dua tangan itu dilunjurkan ke depan dan jarinya disilang ke dalam sehingga mengeluarkan berdetah-detah akibat pergeseran tulang jarinya. Terasa lega apabila dia berbuat begitu. Dan dia gemar begitu.

Rumah itu hanya bergema dengan suara Siti Norhaliza, walaupun sayup-sayup kedengaran suara Mariah Carey dari rumah sebelah.. Barangkali Lisa yang memasang lagu tersebut. Tindak mungkin Suzienaria, kerana wanita awal tiga puluhan yang berasal dari Johor itu jarang berada di rumah. Lagipun Lisa adalah penggemar muzik, kalau bukan digelar pencandu muzik sehinggakan pada anggapannya rumah di sebelahnya tidak mungkin sunyi daripada alunan muzik walaupun untuk satu saat.....

~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~
~Hubungi kami melalui alamat: sukej@hotmail.com


Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.