Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Soal~Jawab Agama

Cabut Gigi Emas Pada Mayat..

Artikel lanjut dari Halaman Utama

~Editorial SUKEJ~


Gigi Emas Mayat

Soalan :
Adakah diharuskan mencabut gigi emas pada mayat?

Jawapan:
Sesungguhnya Allah Ta'ala memuliakan manusiayang hidup dan yang mati. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan. Dengan kelebihan yang sempurna." (al-Isra' : 70).

Ulamak mengharamkan melakukan sesuatu yang menyakitkan tubuh badan mayat. Untuk memberikan contoh tersebut, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Memecahkan tulang mayat sama dengan memecahkannya ketika hidup (rasa sakit)."

Akan tetapi sebahagian fuqaha' mengatakan harus membelah perut mayat apabila terdapat mutiara berharga (tertelan ketika hidupnya) atau tertelan duit dan sebagainya. Boleh kita fahami di sini bahawa mayat yang mempunyai gigi emas, maka boleh dicabut kerana ia mempunyai nilai yang berharga kepada orang lain. Ini disebabkan jika ditinggalkan akan merugikan dan tidak memberi apa-apa faedah. Boleh dikatakan di sini bahawa mencabut ggi emas pada mayat bukan suatu perbuatan yang boleh menyakitkan mayat. (Juzuk 1: m/s 438 - Yas'alunaka Fiddin)


Pembalasan Haiwan

Soalan:
Adakah haiwan dihisab perbuatannya pada hari kiamat? Dan adakah manusia dihisab segala perilaku mereka terhadap haiwan?

Jawapan:
Ulamak berselisih pendapat pada menyatakan adakah haiwan dihisab pada hari kiamat? Sebahagian ulamak mengatakan : "Sesungguhnya haiwan dihisab pada hari kiamat selepas dibangkitkan kali kedua seperti manusia. Setelah disoal perbuatannya (haiwan) di dunia, kemudian diberikan balasan mengikut apa yang dilakukan. Dalil yang mereka gunakan pada kenyataan ini ialah daripada firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "Dan ketika binatang-binatang liar dikumpulkan." (at-Takwir: 5). Dan firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan binatang-binatang yang ada di bumi dan burung yang terbang dengan kedua sayapnya, adalah bangsa-bangsa seperti kamu juga."

Dalil daripada hadis pula iaitu sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Akan ditunaikan hak-hak bagi orang-orang yang melakukan kebaikan dan yang melakukan keburukan pada hari kiamat, sehingga seekor kambing yang dizalimi akan membalas tandukan kambing yang menanduknya ketika di dunia".

Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.