Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Fokus Perdana

Operasi Musang Padang Pasir..

Artikel lanjut dari Halaman Utama

~Editorial SUKEJ~


Amerika Laknat..

Iraq diserang lagi!!! Inilah antara tajuk yang menjadi buah mulut masyarakat hari ini. Tidak kira sama ada yang beragama Islam atau bukan. Termasuklah para pelajar, mahasiwa, mereka yang berjawatan atau yang hanya sekadar pemungut sampah. Namun seringkali terdetik di hati kita, apakah ia sekadar untuk menjadi bahan perbualan atau ada tindakan selanjutnya? Berbagai reaksi masyarakat manusia di dalam menghadapi permasalahan yang sedang dihadapi oleh rakyat negara malang ini. Angkara musuh Allah tentera Amerika laknatullah 'alaih.

Apatah lagi bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan negara Iraq ini. Sekiranya tidak mengambil berat tentang masalah ini sudah pasti mereka ini kehilangan kemanusiaan. Bagi yang beragama Islam, sudah lama tidak diakui oleh Rasulullah SAW sebagai umatnya. Di dalam satu hadis baginda bermaksud: "Bukan dari kalangan kami sesiapa yang tidak mengambil berat permasalahan umat Islam". Permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Iraq adalah permasalahan umat Islam. Ia bukan sekadar permasalahan kemanusiaan sahaja. Ia bukan permasalahan Saddam Hussein. Sebaliknya permasalahan umat yang seagama dengankita. Di belakang Saddam Hussein adalah jutaan umat Islam yang sedang dalam kesusahan. Jutaan umat Islam yang sedang meraih simpati. Jutaan umat Islam yang sedang dihina dan dipermain-mainkan oleh kuffar musuh kita.

Di manakah ruh Mu'tasim yang boleh diharapkan untuk mengembalikan maruah umat Islam yang sedang dicabul dengan sewenang-wenangnya? Di manakah ruh Salahuddin yang dapat mempertahankan maruah agama Islam? Di manakah ruh Ibnu Taimiyah yang bangun menyemarakan api jihad di tengah-tengah masyarakat Islam yang sedang ketakutan mendengar kemaraan gergasi Tartar? Di manakah kita selaku saudara seIslam bagi mereka? Apakah hanya sekadar melihat peristiwa pengeboman kota Baghdad di kaca televisyen umpama mercun yang dimainkan boagi meraih keseronokan?

Lalu kita sama-sama menumpang keseronokan tersebut? Sedangkan kita sedang dihina sebenarnya tanpa disedari!!! Bangunlah wahai umat yang sedang lena dibuai mimpi indah. Nyalakan obor Islam. Sebelum musuh terus mara menghacurkan keseluruhan kita. Yakinlah firmanNya: "Demi sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa". (al Hajj: 40).

Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.