Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Cetusan Minda~

'Fatwa' Hamid Othman Bercanggah Dengan Syariah..

Artikel lanjut dari Halaman Utama
~Editorial SUKEJ~


Fatwa 'Murtad'..

Kenyataan kedua Datuk Hamid Othman ialah kenyataan beliau berkenaan dengan hukuman murtad. Beliau berkata:

"Masalah kita di Malaysia, fatwa sangat rigid (terlalu ketat), yakni orang yang murtad kena bunuh. Macam mana nak bunuh orang yang keluar agama. Kalau kita bunuh seorang, sekarang ni lebih 10,000 Cina dan India masuk Islam setahun. Kalau kita kata, kalau kamu orang keluar Islam kami bunuh, bila pun dia tak datang. Dah waning (bagi amaran) awal-awal, masuk boleh tapi keluar kena bunuh. Dia pakai lari terus.." (dalam dialek utara).

Sesungguhnya kita tidak menyangka Datuk Hamid Othman, yang dikenali sebagai 'menteri agama' di Malaysia membuat kenyataan yang sebegini rupa. Kata-kata ini, kika dilihat sekali imbas memang tidak ada yang mungkin boleh dipertikaikan. Memang nampak logik dan bernas.

Mungkin ada di kalangan kita yang mengangguk kepala, menyetujui pendapat Datuk Hamid Othman ini. Namun, jika diteliti dengan mendalam, sebenarnya kata-kata seumpama ini boleh membahayakan aqidah kerana jelas bercanggah dengan ketetapan hukum dan ruh at-tasyrie'. Bukan setakat membahayakan akidah orang mengucapkannya, malah turut membahayakan orang mendengarnya.

Kenyataan ini amat berbahaya kerana ia akan mengelirukan orang ramai terutamanya golongan juhala' dan lebih-lebih lagi, sekiranya terdiri daripada para umarak yang berkemungkinan menyalahgunakan kenyataan ini. Tambahan pula, kedudukan Datuk Hamid Othman sebagai 'menteri agama' dan mempunyai kelulusan Ph.D dalam bidang agama menjadi faktor penguat bagi orang rami untuk mendengari dan mempercayai kata-kata beliau. Apabila kata-kata ini turut dipakai oleh orang ramai dan lebih bahaya lagi golongan umarak, ia akan menyebabkan penyelewengan pegangan umat Islam.



Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.