Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Sains Komputer

Ancaman 'RSI' Kepada Pengguna Komputer...

Artikel lanjut dari Halaman Utama
~Editorial SUKEJ~


Ancaman 'RSI'...

Percayakah anda?
Sekiranya anda tidak menghiraukan ciri-ciri keselamatan ketika menggunakan komputer, dalam tempoh setahun atau lebih anda akan ditimpa kecederaan. Kecederaan yang dimaksudkan adalah Repetitive Strain Injury (RSI). RSI ialah sejenis kecederaan yang berlaku ke atas mereka yang melakukan kerja yang memerlukan tenaga berlebihan secara berulang-ulang kali seperti pemain alat muzik dan pengguna komputer.

Punca:
Menurut pakar perubatan, antara punca utama RSI ialah tugas menekan kekunci komputer atau mengalih tetikus. Jari jemari yang menekan atau memegang kekunci komputer atau tetikus akan mengenakan tekana yang berterusan ke atas telapak tangan . Ketika itu,otot-otot yang terlibat digunakan dengan melebihi sukatan daya tahannya dan berkemungkinan akan menyebabkan ia terkoyak. Keadaan inilah yang menimbulkan rasa sakit. Kadar rasa sakit ini pula akan bertambah teruk sekiranya tanda-tanda awal kecederaan itu tidak dihiraukan.


gambar hiasan
~Set lengkap komputer peribadi~

Tanda-tanda awal:
Antara tanda-tanda awal RSI ialah sakit pada bahagian pergelangan tangan, sengal pada sendi jari jemari atau lengan dan lenguh di bahagian leher atau punggung.

Fakta:
1. Kajian yang dibuat di Universti Stanford mendapati bahawa setiap kali kekunci komputer ditekan, sebayak 8 z daya diperlukan. Oleh yang demikian , seandainya seorang pengguna komuter yang menaip dengan kadar taipan selaju 40 perkataan seminit, menggunakan komputer selama 5 hari dalam tempoh seminggu, maka sebanyak 25 tan daya terkumpul telah diterima oleh jari jemari.

Pada mulanya, pakar perubatan agak kehairanan dengan beberapa kejadianyang dialami oleh pesakit mereka namun pada akhirnya mereka mengenal pasti bahawa punca penyakit ini ialah disebabkan oleh komputer yang digunakan secara berterusan tanpa menghiraukan ciri-ciri keselematan.

2. Statistik pngidap RSI yang terdapat di Amerika Syarikat juga menunjukkan kadar peningkatan pada setiap tahun. Pada tahun 1993 sahaja, kadar penghidap RSI bertambah sebanyak 770% berbanding dengan sepuluh tahun sebelumnya. Pengidap penyakit ini telah mencecah kepada angka 14 juta pekerja dan jumlah ini dijangka akan terus bertambah pada kadar yang cepat selari dengan bertambahnya kadar pengguna komputer yang telah menghampiri sama jumlahnya dengan penduduk di negara itu.



Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.