Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Ruangan Feqh

Hak-Hak Suami Keatas Isteri..

Artikel lanjut dari Halaman Utama

~Editorial SUKEJ~


Hak-hak Suami..

Begitu juga Islam telah mewajibkan kepada seorang isteri melaksanakan hak-hak terhadap suaminya. Isteri bertanggungjawab di hadapan Allah, bila beliau melalaikannya, iaitu mengikut susunan yang berikut:

a) Isteri taatkan kepada suaminya kerana Imam Ahmad dan lainnya meriwayatkan sebuah hadis dari Rasulullah SAW yang bermaksud: " Apabila seorang isteri bersembahyang lima waktu , berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan taatkan suaminya, maka beliau akan dapat memasuki syurga".

Al Bazaar dan at Tabarani meriwayatkan sebuah hadis bahawa seorang perempuan datang menemui Rasulullah SAW dengan katanya, 'Aku adalah wakil rombongan para perempuan kepada engkau. Jihad ini telah diwajibkan oelh Allah kepada orang lelaki. Jika mereka menang, mereka akan diberikan pahala. Jika mereka mati syahid, keadaan mereka hidup pada sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Kami kumpulan perempuan, kami akan melaksanakan seperti yang diwajibkan kepada lelaki. Maka apakah kami akan memperolehi dari pahala itu? Rasululullah SAW menjelaskan, "Sampaikanlah kepada sesiapa sahaja yang kamu temui dari kaum perempuan bahawa taatkan kepada suami dan mengiktiraf hak suami, pahalanya akan menyamai demikian (pahalanya menyamai kebaikan berjihad di jalan Allah), tetapi amat sedikit sekali dari perempuan yang melakukannya."

Ketaatan ini adalah satu perkara tabiat semulajadi yang dikehendaki oleh satu kehidupan suami isteri. Tidak diragukan lagi bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya akan memelihara keadaan keluarga dari perpecahan dan kebinasaan, membangkitkan kasih sayang hati suami kepada isterinya, mendalamkan ikatan cinta dan kesatu antara anggota keluarga, meminggirkan permasalahan, pertelingkahan dan keingkaran yang akan menyebabkan pada biasanya kepada pergaduhan.



Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.