|
|
Kompleks Senjata Bawah Tanah.. Artikel lanjut dari Halaman Utama ~Editorial SUKEJ~
Kebanyakan negara-negara barat menyimpan senjata-senjata pembinasa yang mempunyai kuasa pemusnah besar atau 'weapons of mass destruction' (WMD) di dalam kubu-kubu dan silo konkrit bawah tanah (kompleks pelancar peluru berpandu bawah tanah). Kubu-kubu bawah tanah dibina bagi dijadikan stor menyimpan senjata dan melindunginya dari dimusnahkan oleh pihak musuh. Dengan ini sesebuah negara yang diserang oleh musuh mempunyai bekalan senjata yang mencukupi untuk berperang kerana pusat bekalan dan simpanan senjata negara tersebut tidak dapat dimusnahkan. Kubu di bawah tanah juga dibina untuk melindungi pemimpin-pemimpin tertinggi sebuah negara ketika berlakunya perang. Sejak tahun 1966 sehingga tahun 1971, Perancis telah membina 2 stesyen kawalan dan 18 kompleks pelancar peluru berpandu S-2. Pada tahun 1971, Grup Pertama Senjata Peluru Berpandu Strategik Perancis dipilih untuk beroperasi dan mengawal sistem senjata peluru berpandu strategik balistik bawah tanah (SSBS) 'Plateu d' Albion' yang sekaligus menyertai kelad eklusif triad senjata nuklear. Sejak ituselama 25 tahun mereka mengekalkan operasi senjata berkenaan bagi keselamatan Perancis. Sehinggalah 22 Februari 1996, apabila Presiden Perancis mengambil keputusan bahawa Perancis akan menamatkan sebahagian besar perkhidmatan senjata dan pasukan berkenaan, yang akan dilakukan bermula pada 16 September. Keputusan itu dibuat berikutan perubahan yang melanda dunia selepas berakhirnya perang dingin. Nota: Artikel lain berkaitan Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ. |
KE ATAS |
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research. |