Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Soal~Jawab Agama

Adakah Saya Murtad...

Artikel lanjut dari Halaman Utama

~Editorial SUKEJ~


Masalah Murtad..

Soalan:
Tujuh tahun dahulu saya pernah tertarik hati kepada seorang gadis Tionghua yang beragama Kristian. Saya sungguh-sungguh ingin menikahi gadis itu tetapi dia berbelah bahagi untuk memeluk agama Islam. Oleh kerana mengasihi dia, saya telah terlupa kepada Allah dan secara tidak sengaja saya telah berniat dan berkata di dalam hati saya, 'jika dia tidak sudi memeluk agama suci Allah, biarlah saya saja yang menyerah kalah dengan mengikut agamanya'. Saya terperanjat kerana niat yang demikian ada di dalam hati saya. Saya terus beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadat dan saya bertaubat nasuha. Saya telah jauhkan diri saya daripada gadis itu dan terus menjalankan perintah Allah.

Saya ingin mendapatkan jawapan bagi kemusykilan saya seperti di bawah ini :

1. Adakah saya murtad?
2. Jika demikian, adakah taubat saya itu betul dan diterima Allah?
3. Jika tidak, bagaimanakah cara-caranya bagi saya mengislamkan diri saya kembali?
4. Dan baru-baru ini saya bernikah dengan seorang gadis Islam. Adakah pernikahan saya itu sah di sisi agama Islam?
5. Adakah persetubuhan yang kami lakukan itu sah sebagai suami isteri?
6. Adakah saya ini melakukan sesuatu yang betul dengan menulis kepada tuan dari bersemuka dengan tuan sendiri?

Jawapan:
Wajib atas setiap muslim atau muslimah menjaga agamanya dari segala apa yang boelh merosakkan kepercayaannya kerana banyak telah berlaku pada masa kebelakangan ini orang yang meringan-ringankan perkara yang yang begitu berat hukumannya. Ada orang yang tidak menganggap kata-katanya itu sebagai dosa besar, apatah lagi hendak menganggap diri mereka itu telah terkeluar dari agama Islam. Hukum murtad (semoga Allah menjauhkan kita daripadanya) bahawa ia menggugurkan segala amal kebajikan atau ganjaran baik yang pernah seseorang itu kerjakan seolah-olah ia tidak pernah melakukan apa-apa pun.

Murtad itu terjadi :
1. Jika seseorang mukallaf Islam bebas dari paksaan apa-apa memutuskan Islamnya dengan azam atau niat menjadi kafir seperti hendak masuk agama lain atau ia syak tentang adanya Allah atau kerasulan Nabi Muhammad atau keutuhan al Quran sebagai Kalam Allah atau menghalalkan yang haram seperti halalkan zina, arak atau mengharamkan yang halal seperti mengharamkan pernikahan, jual-beli atau mempercayai bahawa adanya Rasul selepas Nabi Muhamma atau mendakwa bahawa ia telah diwahyukan sekalipun ia tidak mengakui Nabi.

2. Jika seseorang itu sujud kepada berhala atau kepada matahari, bulan atau pun makhluk.

3. Jika seseorang Islam itu melafazkan kata-kata (jenis ini sangat banyak berlaku) terhadap kawannya orang Islam juga: "Wahai orang kafir", atau ia permain-mainkan nama Allah atau balasan baik daripadaNya di syurga atau amaranNya dengan balasan buruk di neraka atau katanya, "Ia tidak rela dengan hukuman Allah atau sebagainya.



Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.