Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Sudut An-Nisa'

Cermin Kemuliaan Muslimah..

Artikel lanjut dari Halaman Utama

~Editorial SUKEJ~


Seindah-indah Kesenangan:

gambar hiasan

Sejak dahulu lagi, wanita jadi sorotan dan perbicaraan hangat di kalgan manusia. Jika sebut sahaja wanita, pelbagai gambaran yang wajud di dalam pemikiran kita mengenainya. Para pemikir, ahli falsafah dan sebagainya sanggup meluangkan masa untuk membuat penyelidikan terhadap wanita untuk mengetahui rahsia-rahsianya.

Kita sedia maklum, wanita ini banyak peringkat dan pecahannya. Padanya kebaikan dan tidak dinafikan banyak pula keburukannya. Di mana-mana wanita dieksploitasi untuk mendapat keuntungan sehingga ada yang sanggup menggadaikan maruah untuk mencari 'glamour' dalam mengecapi nikmat duniawi yang sementara. Sehingga kini kes-kes besar yang berlaku sebahagian besar melibatkan wanita. Namun begitu wanita menjadi aset terpenting dalam kehidupan lelaki sebagai tulang belakang dalam melaksanakan amanah Allah SWT dan merupakan sayap kiri perjuangan Islam itu sendiri. Wanita bagaimanakah yang boleh memikul tanggungjawab ini? Ketahuilah, semua wanita adalah sumber fitnah yang terbesar kecuali 'Wanita Solehah'.

RasululuLlah SAW bersabda :
"Setelah ketiadaanku, tiadalah aku tinggalkan fitnah yang paling merbahaya bagi laki-laki melebihi fitnahnya wanita." (H.R. Bukhari dan Muslim).

Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
"Takutlah kamu semua dengan fitnah dunia dan fitnah wanita. Sesungguhnya permulaan fitnah terhadap Bani Israel terjadi dari arah wanita. (H.R. Muslim).

Sebelum melangkah lebih jauh lagi, kita perlulah mengetahui siapakah wanita solehah. Mereka adalah wanita yang suci zahir dan batin, malah ia baik dan memiliki kecantikan asli atau kecantikan ideal. Secara fizikal darah daging dan tulang belulangnya bersih dari benda-benda haram, manakala batinnya bersih dari kotoran kejiwaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Allah SWT itu indah dan ia mencintai yang indah, murah hati dan menyukai kemurahan hati, menyukai akhlah-akhlak yang luhur dan membenci akhlah yang rendah." (H.R. al Baihaqi).



Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.