Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Ulasan Isu~

Sejauhmanakah Nilai Kemerdekaan?

Artikel lanjut dari Halaman Utama
~Editorial SUKEJ~


Nilai Kemerdekaan...

Semenjak dari tarikh 31 Ogos 1957 hingga ke detik ini, Malaysia telah diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara merdeka (bebas dari cengkaman penjajah). Walaupun pada hakikatnya kita semua telah sedia maklum iaitu dari segi realiti, negara kita belum benar-benar mencapai hakikat kemerdekaan. Apa tidaknya, undang-undang kita dari cedukan undang-undang Inggeris, gaya hidup muda-mudi persis kebaratan, sistem pendidikan disekularkan; adakah ini hakikat kemerdekaan?

Di sini penulis terpanggil untuk menimbulkan satu persoalan iaitu sejauh manakah kedaulatan negara Malaysia? Sejak mutakhir ini, kita telah dikejutkan dengan sikap Singapura melalui isu pemindahan Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dari Tanjong Pagar ke Woodlands. Secara kasarnya, kita dapati bahawa tindakan pihak kerajaan Singapura tersebut benar-benar menyentap maruah Malaysia sebagai negara berdaulat.


gambar hiasan

Adakah dengan tindakan tersebut sahaja yang mampu mencabar kedaulatan negara? Bagaimana pula dengan masalah kebejatan moral yang terus menular tanpa kesudahan? Tidak cukup dengan itu, pelbagai anasir buruk terus mencengkam negara yang rasanya kita semua telah sedia mengetahuinya.

Kembali kepada pokok perbincangan iaitu sejauhmanakah nilai kemerdekaan negara kita? Apa yang penulis tergambar ialah tentang penghayatan kemerdekaan itu sendiri, yang mana jika kita perhatikan rakyat Malaysia satu ketika dahulu, mereka ini lebih menghargai nilai kemerdekaan, selain daya sensitivitinya yang amat kuat apabila berlaku sesuatu perkara yang mencabar kedudukan bangsa. Lihat sahajalah bagaimana JWW Birch mati di bunuh di Pasir Salak ekoran daripada penghinaan terhadap nilai etika penduduk tempatan?

Sebaliknya, lihatlah pula kepada kedudukan rakyat Malaysia hari ini iaitu generasi abad ke-21 niali kemerdekaan seolah-olah telah terpinggir jauh dari pandangan mereka. Segala anasir luar telah dibawa masuk ke dalam negara tanpa diselidiki baik buruknya, malah terus ditelan bulat-bulat tanpa rasa tanggungjawab terhadap resiko yang akan menimpa bangsa sendiri.



Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.