|
|
Membedah Pemikiran Orientalis.. Artikel lanjut dari Halaman Utama ~Editorial SUKEJ~
Dunia Islam mula menyedari tentang bahayanya ideologi Orientalisme sejak satu abad yang lalu. Dari situ lahirlah berbagai kajian dan hasil penulisan membahaskannya, khususnya dalam tiga dekad kebelakangan ini. Disebalik setiap perkara yang timbul hasil daripada pemikiran ini maka kita dapati berbagai perbezaan pandangan para pengkaji di dalam menghukumnya. Pandangan-pandangan itu boleh kita bahagikan kepada tiga kategori, iaitu : Pertama: Golongan yang terlalu memuji Orientalisme dan menyifatkan mereka sebagai pengkaji yang mengikut manhaj dan ilmiah yang mendalam. Ia melakukan khidmat yang besar terhadap pemikiran Islam. Kedua: Golongan yang menolak Orientalis kerana setiap perkara yang terhasil daripadanya tidak mengenal kebenaran yang matlamatnya bukan hendak mengetahui hakikat sebenar kajiannya. Maka secara umumnya ia adalah satu pemikiran yang berbentuk permusuhan yang nyata. Ketiga: Golongan yang nampak pertengahan, tidak terlalu memuji dan tidak terlalu mengeji. Ia menyebut segala kebaikan yang ada pada Orientalisme dan segala keburukannya tanpa tanpa memperlekeh apa yang benar atau seolah-olah tidak tahu kecacatan pandangan dan kesalahannya yang wujud di situ. Hampir keseluruhan golongan yang terlalu memuji Orientalis dan berpendapat bahawa kebaikan yang dibawanya lebih banyak daripada keburukannya mengatakan bahawa kelebihan Orientalis terdapat pada dua perkara iaitu: 1) Menyebarkan hasil-hasil penulisan Nota: Artikel lain berkaitan Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ. |
KE ATAS |
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research. |