|
|
Purdah: Abu Zahra' Bidas Abu Huzaifah.. Artikel lanjut dari Halaman Utama
Assalamu'alaikum, Kini saya sedang berada di tanahair Malaysia yang tercinta, sekaligus saya membuat penilaian semula terhadap tulisan saya yang lalu yang disiarkan dalam SUKEJ Julai, 1995. Natijahnya, saya membatalkan hasrat saya untuk berpolemik dengan Abu Huzaifah melalui lidah SUKEJ, yakni saya lebih suka bersemuka sendiri dengannya bagi menyelesaikan masalah ini kendatipun sehingga kini saya belum dapat mengesani siapakah insan yang menggelar dirinya sebagai Abu Huzaifah itu! Seorang sahabat memperingatkan saya bahawa 'si dia' ini 'keras' orangnya. Walau apa pun penilaian orang lain terhadapnya hal ini tidak akan menjejaskan perkiraan saya untuk berhadapan dengannya. Namun, demi tidak tidak mengecewakan para pembaca, saya melakarkan di sini gambaran kasar sebahagian besar 'soalan uji' yang saya sediakan buat Abu Huzaifah! 1) Beliau taasub dengan purdah, tetapi bagaimana beliau dapat membezakan antara 'litham, niqab dan burqu'? 2) Beliau memiliki kaedah yang cukup istimewa untuk menggalakkan wanita memakai purdah iaitu 'menghentam' muslimah yang
masih belum berniqab! Inikah manhaj dawah rabbani?
~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~ Nota: Artikel lain berkaitan Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ. |
KE ATAS | ![]() Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research. |