Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Biologi~

Pertembungan Al Quran & Sains Biologi..

Artikel lanjut dari Halaman Utama
~Oleh: Ainul Hilmy~


Teori Manusia-Monyet...

Apa yang menjadi masalah semasa dalam sistem pendidikan sekular barat moden adalah ia mengenepikan peranan Allah SWT, kebijaksanaan dan hikmahnya dalam penciptaan planet bumi dan langit dalam mata pelajaran akademiknya baik dalam sains tabi'e atau pun sains sosial. Certai-cerita dongeng seperti teori bahawa manusia beradal daripada manusia-mawas dan haiwan-haiwan berasal daripada satu sel purba yang simple seperti sel amoeba telah diutarakan sebagai satu 'fakta' sains.

Hampir semua buku-buku akademik Barat moden di perpustakaan dalam pelbagai bidang membawa cerita ini secara langsung atau tidak langsung sungghuh pun tiada sebarang bukti yang kukuh diutarakan untuk menyokong teori evolusi Darwinisme itu. Kebanykannnya adalah tanggapan dibina atas tanggapan.

Terdapat pelbagai dakyat direka atas nama sains untuk meyakinkan masyarakat umum bahawa penemuan-penemuan sains menyokong teori bahawa manusia berasal daripada manusia mawas. Maksud yang tersurat dan yang tersirat dalam teori tersebut ialah Pencipta tidak ada. Kehidupan di dunia ini adalah satu kebetulan. Tiada ada tujuan atau wawasan tertentu bagi kewujudan manusia di planet bumi ini. Alam akhirat adalah satu cerita dongeng. Peranan media massa antarabangsa untuk menyebarkan berita palsu dan maklumat berat sebelah untuk menegakkan teori-teori tersebut adalah sangat ketara sekali.

logo

~Gambar hiasan~

Prof. Louis Bounoure, Pangarah Penyelidikan di Pusat Kebangsaan bagi Penyelidikan Sains Perancis (1984) pernah berkata, "Evolutionisme (manusia berevolusi dari haiwan) adalah satu cerita dongeng bagi orang-orang dewasa. Teori ini telah tidak memberi sebarang sumbangan bagi perkembangan sains. Ia tidak berguna". Sementara, Dr. T.N. Tahmisian daripada Suruhanjaya Kuasa Atom Amerika Syarikat (1983) berkata, "Ahli sains yang mengajar bahawa evolusi adalah suatu kebenaran adalah orang-orang penipu yang besar dan ada kemungkinan cerita yang mereka katakan itu boleh menjadi satu penipuan yang terbesar (biggest boax) yang tidak ada tolok bandingnya. Dalam penjelasan evolusi, kita tidak ada satu fakta sains walaupun sedikit".

Isu teori evolusi ini menjadi isu penting semasa kerana ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah yang terpengaruh dengan buku-buku dalam pasaran dalam bentuk lukisan-lukisan yang menarik, majalah serta surat khabar yang mengutarakan konsep bahawa manusia berevolusi daripada manusia-mawas atau manusia-purba. Di pasaran, di perpustakaan dan kebanyakan muzium-muzium besar di di dunia seperti muzium di Moscow, Berlin, London, new Yourk dan Washington menunjukkan replika-replika dan model manusia purba yang dibuat daripada lukisan (imaginasi) pelukis berdasarkan kepada sebatang dua dua batang gigi, tulang rahang atau serpihan-serpihan tengkorak.

Terdapat di dalam media massa antarabangsa suatu sistem penapisan yang amat ketat supaya hanya 'bukti-bukti' evolusi manusia diutarakan. Di dalam satu filem dokumentari bertajuk, "The Evolution Conspiracy" oleh American Media (1990), pengulasnya berkata, "Hari ini kita benar-benar menghadapi suatu konspirasi yang teratur di dalam negara ini dan di negara lain, suatu rancangan secara terbuka menentang bukti sains berkaitan dengan asal-usul kejadian manusia. Mereka mahu mengekalkan pengajaran teori evolusi secara eksklusif (monopoli) dan menolak sebarang ajaran sains ciptaan… Sungguhpun masyarakat Amerika adalah terkenal memperjuangakan kebebasan bersuara, beragama, kepercayaan dan kebebasan media massa, banyak yang tidak sedar bahawa masa kini ada suatu sistem penapisan yang amat ketat di dalam komuniti sains.

Masalah yang lebih besar ialah mereka yang berkuasa di sebalik tabir yang terkenal sebagai pemodal elit antarabangsa mempunyai agenda yang tersulit. Mereka mengutarakan teori evolusi manusia-mawas atas nama sains yang pada hakikatnya ia lebih merupakan 'pseodo' sains atau sains samaran untuk menjauhkan kaum intelek dan masyarakat umum daripada sebarang agama.

Tiga tokoh pemikir Barat pada abad ke 18 seperti Charles Darwin, Sigmund Freud dan Karl Marx telah digambarkan oleh seorang sarjana Barat sebgai "Pembunuh-pembunuh Tuhan". Buku Charles Darwin bertajuk "The Origin Of Species" (Asal-usul Species) 1857 cuba menjelaskan asal-usul kepelbagaian bagi hayat dengan tidak memerlukan adanya kuasa pencipta. Menurut surat-surat yang ditulis olehnya, Darwin berkata, "Saya secara sedikit demi sedikit menjadi tidak percaya kepada agama Kristian sebagai suatu agama yang diwahyukan".

Penemuan-penemuan sains yang terkini dalam pelbagai bidang sains menafikan kebenaran teori evolusi. Tidak ada spesis perantaraan dijumpai sungguhpun lebih kurang 7 juta fosil telah diperolehi semasa 130 tahun selepas Darwin. Penemuan dalam bidang genetik khasnya, menafikan kesahihan teori evolusi. Umpamanya, fenomena "homostasis" menghalang sesuatu spesis menjadi satu spesis yang lain, iaitu fenomena ini menjamin supaya cicak tetap melahirkan cicak dan katak tetap melahirkan katak. Kajian dalam kromosom menunjukkan adanya penghalang yang lebih besar bagi spesis untuk spesis yang lain. logo



~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~
~Hubungi kami melalui alamat: sukej@hotmail.com


Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.