Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Komputer~

Internet: Teknologi Komunikasi Abad 21..

Artikel lanjut dari Halaman Utama
~Editorial~


Internet: Teknologi Komunikasi...

Teknologi Internet kini diperkenalkan kepada seluruh pengguna komputer bermula dari sistem 'Mainframe' peringkat negara sehinggalah kepada pengguna komputer peribadi biasa (pc home). Dengan adanya sistem Internet atau jaringan komputer, data-data maklumat dapat disalur dan dihantar kepada para pengguna dengan mudah dan lebih pantas. Hanya dengan menghubungkan komputer anda dengan beberapa kelengkapan seperti modem, perisian internet, talian telefon dan khidmat pelayan (ISP) anda sudah boleh menghubungi jaringan maklumat dunia (world wide web) untuk mendapatkan data-data maklumat yang diperlukan.

logo

~Gambar hiasan~

Data-data yang disalurkan melalui internet atau jaringa adalah dalam bentuk teks, grafik, imej, animasi, bunyi dan video. Melalui teknologi internet, seseorang pelanggan boleh mencapai maklumat dan perkembangan terkini dengan hanya mendail sistem ini melalui komputer di dalam biliknya atau di pusat saiber (Cyber Café), lalu senarai fail-fail data boleh dipilih melalui (browser) untuk mencapainya secara langsung (direct accsess). Ini bermakna media elektronik sedikit masa lagi bakal menguasai teras komunikasi melebihi dari media cetak.

Internet adalah ringkasan 'International Network' atau jaringan antarabangsa. Proses komunikasi internet ini bermula dari komputer anda, modem, talian telefon, satelit dan server. Pada asasnya ia tidak mempunyai pusat tertentu tetapi bergantung kepada pusat-pusat kecil (server) yang bergabung secara elektronik sehingga membentuk satu jaringan di peringkat antarabangsa. Barangkali inilah puncanya ia digelar World Wide Web (WWW). Apabila seseorang melanggan jaringan ini, dia akan berpeluang mendapat pelbagai bentuk maklumat dari seluruh dunia seolah-olah memasuki perpustakaan dunia yang terbesar.

Konsep yang digunakan dalam penyebaran maklumat melalui internet ialah hipermedia, ertinya maklumat yang disampaikan boleh terdiri daripada bentuk kesan bunyi, grafik, imej, video atau animasi selain daripada teks itu sendiri. Sementara hiperteks bermakna dokumen-dokumen yang dipaparkan di skrin komputer boleh dibuka dan dicapai (access) sehingga tidak ada perkataan atau simbol yang berwarna biru bergaris lagi.

Setiap perkataan atau simbol yang berwarna biru - apabila digerakkan anak panas tetikus, ia menunjukkan simbol tangan - mempunyai teksnya di sebaliknya yang boleh dibuka. Dengan konsep ini, kita tidak akan kekeringan maklumat yang spesifik seperti yang dihajati. Jika seseorang menghabiskan masanya tiga hingga empat jam di depan komputer lantaran melayan keseronokan meneroka alam Internet, itu tidaklah menghairankan !! logo



~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~
~Hubungi kami melalui alamat: sukej@hotmail.com


Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.