|
|
Philadelphia Malam Ini Menangis.. Artikel lanjut dari Halaman Utama
Maria Callas sedang mendendangkan La Mamma Morta yang dipetiknya dari The Opera Andrea Chenier di radio. Lansing suaranya diringi oleh orkestra Philharmonia pimpinan Tullio Serafin. The Oprah Winfrey Show sedang ditayangkan di televisyen. Sepotong pizza yang telah diunggis terbiar di dalam piring. Secawan cappuchino panas juga tersedia. Philadelphia Daily News ditatapnya penuh minat. Berita utama yang itu juga. Sekeluarga Arab dijatuhi hukuman penjara kerana bersubahat meletupkan bangunan firma guaman Wyant, Wheller, Tetlow dan Brown di pusat kota hampir setahun yang lalu. Wan Adlin mengeluh panjang. Dia benar-benar tidak faham. Bukankah Philadelphia ini digelar 'City of Brotherly Love'? Tidakkah Philadelpia ini tempat lahrinya kebeberasan yang didukung oleh Barat selama ini? Setahunya juga, Philadelphia merupakan satu tempat Deklarasi Kemerdekaan dikarang. Ya, sebagai pelajar jurusan undang-undang di Universiti Penn, dia berasa cuak. Terlalu kecewa dengan vonnis hakim. Wan Adlin memejamkan mata. Telinganya menangkap soprano Maria Callas dan sekali-sekala suara lunak Madeleina. Ah, lagu-lagu opera memang indah. Ada kedamaian yang tersembunyi di sebaliknya. Dia membuka mata semula. Keputusan perbicaraan yang dibacanya tadi masih mengganggu fikirannya. Undang-undang. Sejak kecil dia mengagumi tugas peguam. Dia amat menyintai undang-undang. Philadelphia adalah sebuah kota keadilan. Undang-undang diwartakan di kota ini suatu ketika dahulu. Kerana itulah juga dia memilih Universsi Penn untuk melanjutkan pelajaran mengikuti jurusan yang diminatinya. Ya, moga-moga dia dapat mempelajari erti keadilan dari kota ini.
~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~ Nota: Artikel lain berkaitan Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ. |
KE ATAS | ![]() Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research. |