|
|
Menuduh Para Sahabat Kafir & Mencipta Hadis Palsu.. Artikel lanjut dari Halaman Utama
Sebahagian daripada pengikut Syiah yang sederhana telah berusaha untuk melampaui pendapat-pendapat ini dan menggugurkannya daripada menjadi mazhab mereka. Bukan sedikit daripada ulama Syiah sendiri yang menentang pendapat ini, lalu melupakan pendapat-pendapat itu dan mengkategorikan kata-kata mereka itu sebagai 'taqiyyah'.
Tokoh utama Syiah sendiri yang menentang pendapat ini adalah Nuri at-Tabarsi yang sentiasa sahaja mendapat pujian dan sanjungan daripada Khomeini bukan sekali dua. Pujian ini diselitkan oleh Khomeini di dalam kitabnya (al Hukumah al-Islamiah halaman 66. Nuri at Tabarsi jugalah yang mengarang sebuah kitab besar pada akhir kurun ke 13 hijrah bernama (Faslul Khitab Fi-Isbat Tahrif Kitab Rabbil Arbab). Di dalamnya, beliau menukilkan lebih dari 2,000 riwayat yang diambilnya daripada riwayat-riwayat Syiah di dalm kitab-kitab muktamad mereka yang mengatakan adanya penambahan dan pengurangan ayat-ayat al-Quran. Riwayat-riwayat itu juga mengatakan bahawa al-Quran yang berada di tangan umat Islam sekarang ini tidak diiktiraf dan tidak dijadikan sebagai panduan dan pegangan oleh orang-orang Syiah.
~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~ Nota: Artikel lain berkaitan Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ. |
KE ATAS | ![]() Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research. |