|
|
Insurans: Perbandingan & Pendapat Terkuat.. Artikel lanjut dari Halaman Utama
Sebelum ini, kita telah membincangkan beberapa pendapat ulama tentang permasalahan insurans ini sama ada pendapat yang mengharamkan ataupun yang menghalalkannya. Dengan ini, kita terpaksalah membuat beberapa kesimpulan supaya kita tidak akan berada di dalam keadaan dilema untuk mengikut pendapat yang paling benar mengenai permasalahan yang telah menular ke dalam masyarakat kita ini. Oleh itu, kita semestinya berpegang dengan panduan syariat Islam mengikut ketetapannya agar kita tidak berada di dalam kebingungan di antara pendapat yang membolehkan dan pendapat yang mengharamkannya. Kita terpaksa menyingkap dengan berdasarkan beberapa dalil nas dan kaedah usul feqh sebagai landasan kita yang konkrit, ketenangan hati kita dan bersesuaian dengan syariat Islam.
Melalui beberapa dalil yang dipaparkan sebelum ini, jelaslah bahawa beberapa dalil ulama yang mangatakan insurans itu adalah haram adalah lebih kukuh pengambilan dalilnya, lebih sempurna keterangan dan lebih bernas hujah serta hubungannya dengan nas-nas syariat, juga kaedah usul feqhnya yang umum. Ini adalah berdasarkan kepada beberapa fakta berikut: a) Dalil-dalil ulama yang mengatakan insurans itu adalah halal hanya berdasarkan kepada sanad-sanad yang diqiaskan sahaja. Qias itu hanya pengambilan dalil yang dilakukan oleh para ulama dan mujtahid sahaja. Sementara para ulama yang mengatakan bahawa akad insurans itu adalah haram adalah berlandaskan kepada beberapa nas syara' dan beberapa kaedah usul feqh dasar yang telah diijmakkan para para ulama mujtahid, agar semua ulama mengambil kaedah-kaedah itu lantas mengamalkan maksud kehendaknya. Perbezaan yang jelas ialah pendapat yang menghalalkan akad insurans hanya mengambil dalil-dalil qias dan kesimpulannya sahaja, sementara pendapat yang mengharamkannya mengambil dalil-dalil nas syara' serta kaedah-kaedah feqh yang konkrit. b) Ulama yang mengharuskan akad insurans itu berpegang kepada beberapa alasan dan takwilan semata-mata untuk mengharuskan akad itu dengan alasan lemah, sementara di dalam alasan itu sendiri mengandungi makna perjudian, penipuan (gharar), amalan pertaruhan yang diharamkan dan konsep riba'. Sedangkan di dalam segala keterangan dalil-dalil ulama yang mengatakan haramnya insurans adalah berdasarkan kepada nas-nas syara' dalam bentuk qat'ie dan jelas.
c) Ulama yang mengharuskan akad insurans itu hanya berpandukan kepada kaedah dasar bantu-membantu, tolong-menolong dan kerjasama antara orang Islam yang telah diasaskan oleh Islam sendiri untuk memasyarakatkan semula semangat kerjasama seperti akad komitmen, tuntutan darah serta peraturan sarahidup pencen. Akad-akad seperti ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharuskan akad insurans kerana ia berdasarkan tabarru', mementingkan diri dan amalan perjudian.
~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~ Nota: Artikel lain berkaitan Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ. |
KE ATAS | ![]() Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research. |