Majalah SUKEJ

  Editorial~
Staff SUKEJ

Penaung
PMRAM

Penasihat 1
Pengerusi BKPJM
Penasihat 2
Yazid Bahrin

Pg.Urusan
Md.Zeen Watak

Pg.Eksekutif
Nor Azam Sobikin

Ketua Editor
Fadilah Sarnap
P.Kanan.Editor
Latifah Sukiman

Sd.Editor
Mazlan Amin, Syariful Anam, Saiful Rizan, Md.Azam Abd.Razak, Zainol Ariffin Poniran, Md. Nazri Wakimen
Haslawati Nordin, Rasyidah Shahran

Wartawan
Zairol Aladib, M.Sanusi M.Noh, Norsuryani Saim,
Norhabidah Maarof, Suhana Ahmad

Kolumnis
Ibnu Hasan, Hasan Zaidi, Samsudin Selamat, Nurulhusna, Alos

Penyunting
Sidang Editorial

Layout & Design
Hizam Tugeran, Md.Khairul Anuar, Zsoft (OnWeb)

Halaman Utama
Jaringan Hompej

~SUKEJ~

logo

 
Surat Pembaca~

Bingkisan Surat-surat Pilihan..

Artikel lanjut dari Halaman Utama

~Editorial~


Berkongsi Pengalaman...

Assalamu'alaikum…
Sidang Pengarang,

Syabas untuk krew-krew SUKEJ. Dalam melayari kehidupan sebagai seorang mahasiswa/wi untuk mencari gali ilmu Ilahi di persada ilmu ini, krew-krew SUKEJ mampu berganding bahu semata-mata mahu melihat SUKEJ diterbitkan setiap keluaran. Apa yang menarik perhatian ana, keluaran SUKEJ Disember bil 35 di dalam ruangan cetusan pengalaman. Tahniah untuk Mariam Jamilah di atas kesudian beliau mengeluarkan artikel berbentuk pengalaman untuk dikongsi bersama.

Pada pandangan ana, ada baiknya SUKEJ sendiri atau ada di kalangan penulis di Mesir ini mengeluarkan sebarang bentuk pengalaman sama ada yang pernah berlaku di Malaysia mahapun di Mesir. Dengan pelbagai pengalaman inilah dapat kita menilai di manakah salah dan silap kita mengatur langkah kehidupan. Masalah adik angkat ataupun kakak angkat memang kerap berlaku, Perbuatan sesetengah pihak ini boleh mencetukskan permusuhan dan pergaduhan di antara satu sama lain. Sehingga berhari-hari malahan berbulan-bulan tidak bertegur siapa. Lainlah seandainya perkara ini berlaku bagi mereka yang jahil tentang ilmu agama.

Tetapi sekiranya perkara ini berlaku bagi mereka yang jahil tentang ilmu agama. Tetapi sekiranya sudah berlaku di kalangan Azhari dan Azhariah sendiri, sukarlah untuk dikataertikan lagi. Islam menyeru kita hidup bermasyarakat. Namun ada segelintir pelajar Azhar sendiri gemar untuk hidup berdua atau bertiga sahaja. Bagi mereka yang mempunyai adik angkat, mereka akan berhubung atau bermuamalah hanya dengan si adik angkat itu sahaja, begitulah sebaliknya. Perkara ini pernah terjadi dan mutakhir ini amat kerap berlaku. Harapan ana seandainya perkara sebegini berlaku lagi, ingatlah Islam tidak membenarkan umatnya memutuskan silaturrahim.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Tidak dihalalkan seorang muslim memulau sesama muslim lebih dari 3 hari 3 malam. Maka sesiapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam, lalu mati akan masuk ke dalam api neraka. [H.R. Abu Daud & AnNasai]

Oleh ~ Ibtisam


Harapan Buat Nyai...

Assalamua'alaikum...
Sidang Pengarang,

Syabas untuk semua krew SUKEJ di atas kprihatinan kalian dalam mengeluarkan SUKEJ dengan menampilkan pelbagai artikel dan persembahan yang cukup menarik. Sebelum ini, saya amat meminati 'Amu (BAM) sehingga setiap kali keluaran SUKEJ, ruangan pertama yang akan saya baca ialah ruangan 'Amu. Sekarang 'Amu telah meninggalkan kita, tapi itu semua tidak mengapa… Nyai… bersedian untuk menjadi pengganti 'Amu. Ingin saya memberi sedikit buah fikiran agar Nyai juga dapat menjiwai hati pembaca. Walaupun raungan sama hanya nama sahaja yang berbeza.. saya harap Nyai dapat membuat liputan berita yang benar-benar terkesan di hati pembaca dan apabila membacanya pula akan memberi kesedaran walaupun dengan sindiran yang tajam dan sinis. Wassalam.

Oleh ~ Zarkasyi (H.8)


Satu Pentafsilan Bukan Keterlaluan..

Sidang Pengarang,

Terimakasih kerana menyiarkan surat saya. Saya terpanggil untuk mengutarakan pandangan apabila membaca 'SUKEJ keterlalun?' (SUKEJ Bil.58). Sebenarnya inilah kederasan, keberanian dan ke'thabat'an serta sikap terbuka SUKEJ dalam menjadi da'ie yang memperkatakan perkara yang al Hak tetap al Hak, walapun kemungkinan ada sedikit kegusaran kerana boleh menghilangkan sekurang-kurangnya wang berjumlah L.E 2.50 atau lebih. Artikel demi artikel yang sensasi dan waqie' tetap dikeluarkan tetapi apa yang menghairankan dan membibitkan persoalan, kenapa 6 sekawan M.Nasr lebih elegik dengan artikel bulan Mei yang dimaksudkan itu?

Bukankah ia menjadi jawapan ilmu-ilmu teori kepada mereka yang tidak mengetahui dan menjadi praktikal ilmu kepada Azhari/yah yang layak? Secara sedar saya katakan, ia merupakan pendetailan dalam suatu ilmu berdasarkan feqh semasa dan waqie'nya.

Oleh itu, cadangan kepada SUKEJ untuk menyiarkan dalam bentuk risalah khas atau khusus untuk satu-satu program, kurang baik, seolah-olah telah berlaku penjuzukan dalam ruangan SUKEJ sedangkan ia bersifat ilmiah, mu'asarah, thaqafah dan lain-lain.

Akhirnya, saya percaya SUKEJ akan tetap utuh dan terus dalam mauqifnya untuk membongkar fail-fail Islam yang tersembunyi dan menyelongkar secara ilmiah permasalahan-permasalahan yang terkini.

Oleh ~ Bintang Fajar 75


Kenapa Kahwin...

Sidang Pengarang,

Kenapa SUKEJ asyik cerita bab kahwin aje… Memanglah tidak dinafikan bab perkahwinan suatu perkara yang penting, tapi apa yang diharapkan SUKEJ dapat mempelbagaikan tajuk supaya bacaan ilmiah yang pelbagai dan bukan bahan bacaan untuk bab perkahwinan sahaja. Sekian.

Oleh ~ Sabre, Madinah Nasr.

Saudara Sabre,

Terimakasih atas pandangan yang diberikan. Semoga Sabre dapat bersama kami demi untuk kemajuan dan masa depan SUKEJ.

~Editor logo



~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~
~Hubungi kami melalui alamat: sukej@hotmail.com


Nota: Artikel lain berkaitan

Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.

KE ATAS
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research.