Sains Komputer~
Mengenali Struktur Komputer Anda..
Artikel lanjut dari Halaman Utama
~Oleh : Z-soft~
Apakah Itu Komputer?
Komputer adalah sejenis alat elektronik yang dapat melaksanakan tugas-tugas mengira dan logika yang mampu dilakukan oleh manusia tetapi dengan kepantasan dan ketepatan yang tinggi bersama keupayaannya yang hebat menyimpan data-data.
Komputer terdiri dari himpunan perkakasan, kelengkapan elektronik (hardware) yang bekerja selaras dan dikendalikan dengan program-program operasi (operating system) dengan matlamat memproses himpunan data-data masukan (input data) melalui program yang telah dimasukkan terlebih dahulu bagi mendapatkan hasil-hasil yang dikehendaki (results) dalam bentuk data keluaran (output data).
Proses Maklumat:
Bagi mendapatkan maklumat dari komputer, ia memerlukan dua perkara:
1. Perisian (program)
2. Data-data masukan (input data)
Kepentingan Komputer:
Komputer memberikan beberapa kemudahan besar bagi para pengguna seperti berikut:
1. Keupayaan menyimpan data yang hebat (very large storage)
2. Kepantasan yang tinggi (very high speed). Kepantasan ini mencepatkan pemprosesan arithmatik. Unit kiraan adalah:
- Milliseconds = 1/1000 saat
- Microseconds = 1/1,000,000 saat
- Nanoseconds = 1/1,000,000,000 saat
3. Ketepatan dan flexibility. Iaitu kemudahan menyediakan program dan data-data yang mesti dibekalkan kepada komputer bersama ketepatan yang tinggi (very high accuracy).
~Papan litar Induk~
Perkakasan Komputer
Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
a. Unit kawalan - Unit Arithmatik - Pendaftar (register)
b. Alat-alat input - Alat-alat output
c. Ingatan utama - Media penyimpan - Pencetak
Alat-alat input : keyboard - mouse - joystick - scanner - microphone - camcoder
Alat-alat output: printer - monitor - speaker
Media penyimpan: cakera liut - cakera keras - cakera padat - cakera optik - pita backup
Penyediaan Disket
a. Nama program & pemilik
b. Bahagian label disket
c. Bahagian penutup cakera
d. Bahagian ruangan bacaan cakera.
Memformat disket
a. Masukkan disket DOS di drive A
b. Nyalakan suis CPU dan monitor
c. Tunggu sehingga prompt A:) kelihatan di layar monitor
d. Layar memaparkan mesej: insert new diskette in drive B.
e. Masukkan disket baru di drive B (Enter)
f. Tunggu sehingga proses Format selesai, dan tekan N.
Mengenali peralatan dalaman komputer adalah penting untuk pengguna komputer umumnya. Ini dapat membantu anda menggambarkan bagaimana pemprosesan arithmatik berlangsung bermula dari dalam komputer (yang tidak kelihatan) hinggalah kepada hasil-hasil (results) yang terpapar di atas skrin monitor.
Papan Kekunci (keyboard):
Komputer terdiri dari suatu sistem yang kompleks dari cip-cip elektronik. Cip-cip ini mengandungi beberapa laluan memindahkan arus elektrik dalam bentuk denyutan (pulse) yang membentuk data-data dan maklumat. Setiap kumpulan cip-cip yang berperanan tersendiri itu dinamakan IC (Integrated Circuit) atau Chip.
Chip dibuat dari kepingan kecil dan halus sekali dari bahan silikon. Dari kepingan itu, keluarnya beberapa wayar logam bermutu tinggi berhubungan dengan jejari logam konduktor. Kepingan ini disalut dengan bahan plastik yang tidak menampakkan selain dari jejari konduktor sahaja.
Kepingan-kepingan ini kemudiannya disambungkan dengna papan litar (Printed Circuit Board) atau PCB di dalam komputer.
Papan dan Konduktor Alih (Board & Buses)
* Papan Litar (PCB)
Papan Litar (PCB) itu dibuat dari bahan non-konduktor dandipasangkan di atas permukaannya jaluran logam halus yang dilalui oleh arus elektrik.
* Penyambung Sampingan (Edge Connector)
Sebahagian dari jejalur logam itu berakhir yang berbentuk lajur di atas sebelah birai papan litar (PCB) yang dinamakan dengan 'Edge Connector". Penghubung-penghubung ini digunakan untuk menyambung unit-unit tambahan luaran seperti Cartridge programsiap atau Cartridge memory tambahan.
* Pakej Pengangkut (Bus)
Ia adalah sekumpulan jejalur konduktor di atas papan litar yang digunakan untuk memindahkan isyarat-isyarat komputer di antnra pelbagai cip.
* Sistem Pengangkut (Bus System)
Ia adalah kumpulan jejalur di atas papan litar yang mengandungi isyarat-isyarat. Antarasistem penghubung (bus system) yang paling popular ialah sistem S100.
* Papan LItar Utama (Motherboard)
Ia adalah papan litar yang dihubungkan dengan papan-papan litar yang lain yang dikenali setiap satunya dengan papan litar anak (daughter board). Sebagaimana ia juga dipanggil kepada papan litar utama di dalam komputer.
* Kad (Card)
Ia adalah papan litar seperti papan litar anak (daugter board) dan dihubungkan kepada papan litar utama. Kad ini terkadang mengandungi cip-cip memory tambahan ataupun cip pangantar (interface chips).
* Pengawal module (Modulator)
Ia juga dikenali dengan pengawal gelombang tinggi atasan (Upper Higher Frequency modulator). Ia berperanan mengubah isyarat-isyarat yang boleh diterima oleh perkakasan televisyen. Manakala skrin kawalan, ia tidak memerlukan kepada modulator. Ia berupaya menerima isyarat-isyarat komputer secara langsung......
~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~
~Hubungi kami melalui alamat: sukej@hotmail.com
Nota: Artikel lain berkaitan
Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ.
|