|
|
Artikel lanjut dari Halaman Utama ~Editorial~
Tinta Editor : Mengkaji susur galur rentetan sejarah penerbitan SUKEJ bukanlah sesuatu yang amat sukar, lantaran usainya yang masih terlalu muda bagaikan kanak-kanak yang baru pandai bertatih. Sebelum kelahirannya, PMRAM telah sekian lama menerbitkan SUARA KAMPUS. Tidak dapat dinafikan ramai warga Johor yang memberikan sumbangan dalam membantu melahirkan SUARA KAMPUS, sama ada sebagai sidang redaksi ataupun penyumbang karya yang aktif. Nama-nama seperti Al Jufri, Yzd, Acik Al Arif, Pena dan beberapa nama pena lain seringkali melorek pena di SUARA KAMPUS PMRAM... PMRAM yang dahulunya pernah memberikan kesempatan kepada pertubuhan-pertubuhan anak negeri menerbitkan SUARA KAMPUS edisi sendiri. Malangnya, kesempatan yang diberikan tidak begitu dihargai, maka lahirlah majalah-majalah negeri yang tidak beridentitikan PMRAM. Implikasinya, PMRAM terpaksa menarik balik lesen yang diberikan atas dasar keselamatan. Di akhir 80an dan awal 90an, terdengar desas-desus dari kalangan ahli BKPJM untuk menerbitkan majalah sendiri memandangkan telah terkumpul sekian banyak tenaga penggerak yang mampu menjayakannya, tetapi lantaran akur kepada PMRAM yang telah menarik balik keizinannya membuatkan segala desas-desus itu sekadar berpindah dari cuping-cuping telinga. Para penulis BKPJM sewaktu itu hanya menuangkan minda dan bakan mereka di dada SUARA KAMPUS PMRAM. Pada awal 1992, berikutan beberapa permintaan dari persatuan negeri, untuk kali keduanya PMRAM memberikan keizinan untuk persatuan negeri menerbitkan Edisi SUARA KAMPUS bagi setiap negeri. Berikutan itu di dalam Mesyuarat Agong BKPJM 1992, telah diusulkan agar BKPJM menerbitkan SUARA KAMPUS Edisi Johor. Usul ini tidak mendapat bantahan bahkan diterima sebulat suara. Untuk mengumpulkan tenaga-tenaga yang mampu menggerakkan idea di atas, bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk menjadikan usul lebih praktikal. BKPJM menubuhkan Unit Khas Komputer pada April 1993, yang antara lain bertanggungjawab menerbitkan SUKEJ. UKK ini yang dipengerusikan Oleh Us. Sabaruddin Isnin, telah menyenaraikan hampir 30 pelajar untuk mengenal pasti segala bakat yang terpendam. Mesyuarat pertama UKK berlangsung pada Mei 1993. Untuk melicinkan kerja, di bawah UKK ini, diwujudkan Unit Penerbitan yang bertanggungjawab penuh mengendalikan SUKEJ. Segala rangka kerja yang diluluskan dicadangkan dalam mesyuarat tersebut terpaksa ditangguhkan kerana berdepan dengan Daur Mayu 1993 dan kepulangan beberapa orang tenaga penting bercuti ke tanahair. Mesyuarat kedua yang dibuat pada awal Ogos agak lebih meyakinkan dengan meletakkan sasaran Sept 1993 sebagai bulan pertama SUKEJ dilancarkan. Tidak ada harapan yang terlalu besar disandarkan kepada SUKEJ. Apa yang diinginkan agar SUKEJ mampu menarik minat warga Johor. Untuk itu, redaksi SUKEJ bertungkus-lumus siang dan malam bebeberapa hari untuk memastikan SUKEJ benar-benar dapat menarik minat warga Johor. Tibalah malam pelancaran; setiap jiwa tertanya-tanya bagaimanakah SUKEJ..? Anggunkah atau canggih..? Atau cakap tak serupa bikin…? Apabila dikeluarkan untuk kali pertama bagi tatapan umum. Bagaikan kehilangan lafaz untuk dituturkan. Timbalan YDP PMRAM Us. Muhayat yang turut sama menghadiri Majlis Pelancaran turut kagum dengan kemampuan sidang redaksi menerbitkan keluaran sulung dengan begitu canggih. Lantaran sasaran pembaca sekadar terbatas kepada warga Johor dan juga kerana baru dilahirkan, sidang redaksi sekadar mencetak 85 nakhah. Ironisnya indah rupa dari khabar, dan ramai yang tidak berkesempatan memiliki cetakan pertama tersebut. Melihat kepada sambutan yang memberangsangkan. SUKEJ Oktober 1993 dicetak 200 naskah, hampir tiga kali ganda dari keluaran pertama. Ia hanya seketika dipasarkan telah langsai. Pengerusi SUKEJ berpindah tugas kepada Us. Salihin Salih pada Nov 1993. Bermulalah SUKEJ membina dinasti tersendiri dan hingga kini, bahagian percetakan tidak lagi khuatir untuk mencetak 400 naskah lebih pada setiap keluaran. Yang paling penting, mungkin untuk pertama kali sebuah majalah yang diterbitkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di sini mampu bertahan selama setahun. Siapa sangka beberapa rencana berjaya menarik minat sekian ramai pembaca hingga memaksa SUKEJ menyediakan Borang Langganan lantaran ramai yang tidak berkesempatan untuk membelinya. Atas permintaan ramai juga, SUKEJ diulang cetak mulai keluaran yang pertama untuk memberi kesempatan kepada yang belum memiliki. Dan satu sejarah telah mampu dicatatkan oleh SUKEJ yang boleh kita banggakan bersama sebagai tamparan awal untuk menidakkan segala prajudis terhadap kredibiliti alumni al Azhar. Dengan segala kepercayaan dan sokongan dari semua pihak, SUKEJ kini telah bersedia mencetuskan pelbagai kejutan baru..!!! Ke Atas.
Strategi Penulisan: Suara Kampus Edisi Johor atau lebih popular dengan nama SUKEJ adalah sebuah majalah yang baru berumur setahun. Justeru itu, di sana terdapat banyak kesilapan yang tidak disengajakan terutamanya di segi percetakan. Maklumlah SUKEJ sebagai sebuah majalah pelajar yang baru merangkak ke arah meningkatkan kualiti daya pemikiran dan minda pelajar sesuai dengan suasana semasa, sudah tentulah banyak sekali kekurangan yang perlu diperbetulkan demi kelancaran pengendaliannya. SUKEJlah tempat mencurahkan perasaan hati yang mencengkam rasa serta melahirkan idea-idea baru dengan cara membincangkan tajuk-tajuk hangat sesuai dengan suasana-suasana dan peristiwa semasa. Dengan kaedah ini, ramai pelajar yang sememangnya mempunyai idea-idea penyelesaian terkini sentiasa terdorong serta melontarkan saham pemikirannya... Ke Atas.
Coretan Kru: “Deadline 12hb”, antara ucapan semangat yang sering kedengaran sebelum proses pembikinan SUKEJ. Memang tidak dinafikan pihak yang terlibat dengan SUKEJ akan menempuh pelbagai cabaran dalam proses pembikinan ini, akan tetapi itu semua hanyalah bersifat sementara sahaja kerana faktor minat telah menenggelamkan segala kepayahan yang dirasai... Jutaan terimakasih kepada seluruh kru SUKEJ dalam usaha menengahkan majalah kesayangan ramai ini. Bermula dari Pengarah Urusan, Pegawai Eksekutif, Sidang Pengarang, Kolumnis, Designer dan yang melibatkan diri secara tidak langsung. Semuanya mempunyai saham terbaik dalam penciptaan SUKEJ setiap keluaran. Terus terang kami katakan, pembikinan ini tidak dilakukan secara formal sebagaimana majalah komersial yang terlihat di bumi Qaherah ini. Selain daripada ketiadaan penaja, SUKEJ masih dikatakan sebagai 'orang baru' dalam mengeluarkan maklumat kepada umum. Banyak pengetahuan lain yang perlu diambil kira. Dirasakan amat sedikit sekali pengalaman yang diperolehi selama ini. SUKEJ berada di bawah PMRAM. Tanpa PMRAM, mungkin sekali SUKEJ tidak dapat menemui pembaca. Sebelum dikeluarkan, terdapat beberapa peringkat yang perlu ditempuhi. Di sini diterangkan secara ringkas mengenai peringkat-peringkat tersebut. Peringkat Permulaan Proses Pengumpulan
Helaian Teknologi: Abad ini, komputer merupakan salah satu perkara asasi di dalam bidang penulisan dan penerbitan. Kita mampu menghasilkan sebuah majalah atau buku tanpa menggunakan komputer tetapi berkemungkinan kerja yang mampu diselesaikan hanya dalam tempoh 2 atau 3 jam terpaksa memakan masa 2 atau 3 hari, Dari segi kekemasan dan mutu pula, majalah tanpa penggunaan komputer sudah tentu jauh ketinggalan. SUKEJ sejak awal penerbitannya telah menggunakan komputer sebagai wasilah asasi untuk melicinkan operasi. Tambahan pula SUKEJ berada di bawah Unit Khas Komputer, maka antaranya dan komputer memang tidak dapat dipisahkan. Pada awalnya sebanyak 4 buah komputer digunakan untuk kerja-kerja menaip dan mendesign SUKEJ. 2 buah komputer milik Rumah Johor AT286-25Mhz dan 386SX-25Mhz. Sebuah lagi komputer AT286-16Mhz milik Us. Yazid Bahrin yang merupakan SP SUKEJ sendiri dan Designer SUKEJ. Dan komputer AT286-20Mhz milik saya sendiri. Oleh kerana kami tidak bekerja secara berkumpulan, bahkan masing-masing melakukan kerja di rumah, maka masalah berebut komputer tidak timbul. Program Program photo untuk mengedit gambar-gambar scan atau gambar grafik komputer, kami menggunakan Photo Styler 1.0. Juga kerana kepantasan dan 'power' berbanding dengna program photo lainnya seperti Adobe PhotoShop dan Aldus Photo Styler 2.0 yang lebih bertenaga tetapi bergerak lembab bergantung kepada 'speed' komputer yang digunakan. Dan berbanding dengan program PaintShop atau PaintShop Pro yang lebih pantas bergerak tetapi kurang bertenaga. DTP Pertama Kerja-kerja layout SUKEJ menggunakan MS Publisher 1.0 memaksa lebih dari 3 hari 3 malam dengan bersengkang mata. Oleh kerana pembaziaran waktu yang kami lihat, maka timbullah di hati kami untuk mencuba program DTP lainnya. Page Maker 4.0 menjadi pilihan kami. SUKEJ keluaran kedua dihasilkan dengan menggunakan Page Maker 4.0. Hanya memakan masa 2 hari atau kurang. Itupun secara 'main-main' sahja tidak sampai bersengkang mata berjaga malam. Selepas itu, kami membuat keputusan untuk terus menggunakan PageMaker 4.0 untuk kerja-kerja yang berhubung kait dengan SUKEJ. Komen designer SUKEJ, Us. Yazid Bahrin: "Program rekabentuk atau layout DTP Page Maker adala dianggap bertaraf professional di kebanyakan syarikat-syarikat penerbitan baik pengguna komputer Apple Mac maupun IBM. Sebagai contoh, Computimes sendiri menggunakan PageMaker 4.0. Kemahiran menggunakan program tidak perlu kepada teori yang terlalu mendalam. Hanya melalui praktikal rutin, sesiapa saja boleh mengendalikannya dengan pantas dan cekap.." Komen saya pula: Kelembapan MS Publisher 1.0 atau 2.0 yang ketara ialah kita terpaksa membuat 'frame' setiap kali ingin menulis atau meletakkan satu gambar. Sedangkan pada Page Maker 4.0, 'frame' tersebut dibuat secara automatik sama ada teks atau grafik. Dalam masa 3 hari, saya kira kita telah membuang masa dalam sehari hanya utnuk menarik tetikus membuat 'frame' di dalam MS Publisher 1.0 atau 2.0. Printer Scanner ~Dapatkan seNaskhah Keluaran Sukej Anda~ Nota: Artikel lain berkaitan Artikel ini disiarkan dalam keluaran B66.T7.Feb.1999 Majalah SUKEJ. |
KE ATAS |
Hakcipta (c) 1999 Terlihara. Zsoft Media Research. |